Lindungi Aset Anda Melalui Pelaburan Emas

Pertanyaan

Followers

Pengunjung

Menabung Amalan Bijak

Posted by NaffeyHK Wednesday, August 10, 2011


Artikel ini saya dapat dari akhbar, malangnya terlupa akhbar mana dan siapa penulisnya..


Kita dididik sedari kecil bahawa amalan menabung itu penting bagi simpanan masa hadapan. Walaupun nilai duit itu sekecil syiling 1 sen, jika disimpan lama-kelamaan akan bertambah banyak. Kita pula semakin seronok tatkala memegang dan menggoncang tabung yang berat dan penuh. Lebih-lebih lagi sekiranya tabung dibuka dan isinya dilambakkan untuk tatapan mata. Perasaan puas menabung itu lebih hebat, malahan menjangkaui nilai sebenar duit yang berjaya dikumpul.

Namun demikian, semakin kita dewasa tabiat menabung kita semakin berubah akibat dipengaruhi faktor gaya hidup, pengalaman dan akal yang semakin bijak dalam merancang simpanan wang. Justeru kita tidak sepatutnya masih lagi di tahap dulu, menabung syiling dan wang ringgit semata-mata. Sekiranya berlaku apa-apa seperti kebakaran contohnya, hasil tabungan akan hilang nilainya ditelan api. Dan kita akan kerugian begitu sahaja.

Jadi apakah langkah yang lebih bijak dalam menabung? Selain dari menabung wang ringgit, menabunglah emas, kerana emas tidak akan hilang nilainya meskipun dimamah api (tahap lebur emas adalah 1064 °C) atau ketika berlaku bencana seumpamanya. Nilai emas sudah tentunya jauh lebih besar berbanding wang ringgit (bayangkan 1 gm sahaja bernilai lebih RM 100) dan emas tidak memerlukan ruang simpanan yang besar. Emas merupakan matawang universal yang diterima di mana-mana sahaja. Tanya sahaja kepada diri anda sendiri, mahukah anda jika ada yang mahu memberikan emas kepada anda walaupun sebesar biji lada? Sudah pasti jawapannya ya. Emas juga datang dalam pelbagai bentuk seperti jongkong, dinar dan serbuk emas. Tepuk dada tanyalah selera. Berbanding dengan duit syiling dan wang ringgit, walau bagaimanapun bentuknya, emas tetap tidak akan kehilangan nilainya yang sebenar.

Akhir kata, jika dilihat pada gambar di bawah ini, pada pendapat anda yang mana satukah menjadi pilihan yang lebih bijak? Yang manakah lebih besar nilainya?


Rasa-rasanya yang mana lebih bernilai, botol di sebelah kiri atau kanan?

0 comments

Post a Comment

Kitco LIVE (USD)

Public Gold

Public Dinar

Public Jewellery

Public Silver